Buzz Up Your Biz! Image
Sat, Mar 07 at 09:00am
100, Jalan 2/23a, 100 Jalan 2/23a, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Buzz Up Your Biz!

Event Description

Ada orang cakap tahun 2020 adalah tahun mencabar untuk buat bisnes! Betul ke?

Ada orang cakap juga tahun 2020 adalah tahun yang paling suwey untuk menguruskan bisnes! Iya ke?

Kami cakap, suwey atau ong, itu semua bergantung kepada kepala otak bisnes man itu sendiri. Dan selebihnya berdoa dan bertawakkal kepada Allah.

Kami akan mengadakan satu event bagi mereka yang berminat nak memulakan perniagaan, yang mahu mencari idea memulakan perniagaan dan bagaimana nak menguruskan perniagaan. Tak ada kena mengena dengan untung nasib, ini semuanya menggunakan networking, usaha keras, akal fikiran untuk mengatur dan menyusun langkah perniagaan.

Dalam workshop 1 hari ini, kita akan berkongsi, mengaji dan mendidik tentang hal-hal ini;

1. Bagaimana nak menyusun minda bagi melihat peluang dalam masalah?
2. Bagaimana cara nak leverage kan teknologi bagi tingkatkan topline bisnes anda?
3. Bagaimana nak menaikkan awareness dan publisiti tentang bisnes anda?
4. Best practice - Cara dan kaedah operasi dan pengurusan bisnes (kewangan, operasi & HR).
5. Di mana nak mencari dana-dana perniagaan?

Kita juga akan membawa (2) dua business founder yang akan berkongsi pengalaman mereka, jatuh dan bangun dalam menguruskan perniagaan mereka. Gunakan masa ini untuk bertanya tips tips dari mereka bagaimana nak mengatasi masalah dalam perniagaan.

Founder (1) - Nadira Yusoff, KiddoCare


KiddoCare lahir dari observation Nadira tentang kes-kes penderaan kanak-kanak di tempat jagaan kanak-kanak. Beliau mencipta bisnes model yang menarik dan menguntungkan bagi semua bisnes partner beliau dengan menyediakan perkhidmatan babysitter tanpa mempunyai apa-apa nurseri. Walaupun baru setahun setengah dijalankan, KiddoCare telah berkhidmat dengan 7,000 keluarga dan menggajikan seramai 1,400 babysitters yang bertauliah. Secara purata, setiap babysitter KiddoCare beroleh pendapatan sebanyak RM 3,200 sebulan. KiddoCare kini dalam proses untuk mendapatkan pelaburan pre-seed dari venture capitalist.

Founder (2) - Nik Muhammad Amin, Moovby


Nik mempunyai idea tentang mendemokrasikan pergantungan kepada public transportation dengan menjadikan kereta peribadi sebagai aset yang menjana pendapatan kepada pemilik kereta. Dilancarkan sejak hujung 2017, kini Moovby sudah bertapak di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Telah pun menerima beberapa siri pelaburan dari angel investors dan juga venture capitalist melebihi RM 1.5 juta.

So, kalau anda baru terfikir nak jalankan bisnes, atau anda sudah ada bisnes dan nak kembangkan network anda, event ini adalah platform terbaik untuk anda hadir. Pelajari apa yang belum dipelajari, Update apa yang telah anda pelajari.



Jika kita hendak pergi jauh dalam bisnes, hendaklah kita bersama-sama rakan-rakan yang satu wavelength dengan kita. Di mana lagi anda boleh berjumpa dengan orang-orang begini, melainkan dalam event Buzz Up Your Biz!

Sertai hari ini, early bird fee hanya RM99 sehingga 29 Feb. Selepas itu, 1 Mac hingga 6 Mac harga tiket biasa pada RM399 seorang. Segera daftar, tempat adalah terhad.

Untuk info lanjut, boleh hubungi Sekretariat (Pn Fadzlah 019 7646299). Lokasi di Setapak, KL.

Registration is Closed

When & Where

Saturday, 07 March 2020 at 09:00am
100, Jalan 2/23a, 100 Jalan 2/23a, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

About Organizer

Global Digital Technologies Sdn. Bhd.

Other events