Sembang Kita - Cerita Usahawan Kita Image
Wed, Apr 24 at 19:30pm
Aidan Technologies Sdn. Bhd., 100 Jalan 2/23a, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Sembang Kita - Cerita Usahawan Kita

Event Description

Kami mengadakan event ini sebagai satu wadah perkongsian ilmu sesama alumni Sekolah Alam Shah. Acara ini akan diadakan setiap bulan dengan pelbagai topik yang relevan dengan kehidupan kita warga Alumni.

Kami mengharapkan juga sesi ini dapat dijadikan titik permulaan kerjasama antara sesama kita.


Topik kali ini yang akan diketengahkan adalah berkaitan usahawan digital.


Kita memperkenalkan Saudara Muhammad Badrudin Shah, atau lebih dikenali sebagai Rudy Kurekuresakti di kalangan batch SAS 95/99. Beliau berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak 2007 tetapi mula menceburi dalam arena e-commerce pada 2013. Fokus online business beliau adalah dalam barangan keperluan bayi dan kanak-kanak. Kini setelah 5 tahun beraksi dalam perniagaan e-commerce, beliau mampu menjana pendapatan bulanan sebanyak 5 angka.


Beliau akan berkongsi pengalaman beliau dalam menceburi diri dalam perniagaan online. Sesi soal jawab juga akan dibuka di akhir perkongsian beliau. Mohon rakan-rakan lain jemput rakan-rakan ASAS untuk sertai sesi ini.

Registration is Closed

When & Where

Wednesday, 24 April 2019 at 19:30pm
Aidan Technologies Sdn. Bhd., 100 Jalan 2/23a, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

About Organizer

Saya warga Alumni Sekolah Alam Shah yang ingin melihat lebih banyak aktiviti yang membawa manfaat kepada ahli-ahli Alumni sendiri.

Other events